Bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Paya Redan telah berlangsung satu upacara khas iaitu Penyerahan Bantuan Perskolahan 1 Malaysia bagi sesi persekolahan 2015 peringkat SK Paya Redan telah diadakan.
Majlis ini telah disempurnkan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Hj Yunus bin Husin, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi yang sudi hadir ke SK Paya Redan bagi menyerahkan bantuan awal perskolahan kepada 55 orang murid yang terdiri daripada pelajar Tahun 4,5 dan 6.
Majlis ini turut juga dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG SK Paya Redan iaitu Encik Malik bin Mistam serta wakil daripada PPD Melaka Tengah yang menjadi sebahagian daripada tetamu jemputan.
Bantuan yang diberikan ini amat bermakna terutama sekali kepada para pelajar dan juga ibu bapa bagi membiayai segala keperluan dan kelengkapan awal persekolahan bagi tahun 2015. Diharapkan bantuan yang diberkan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk dimanfaatkan kita bersama.
Ibu bapa yang hadir untuk menerima bantuan Persekolahan 1 Malaysia
Sesi pendaftaran ibu bapa mengikut kelas masing-masing
Ucapan alu-aluan daripada YB Datuk Wira Hj Yunus bin Husin
Sebahagian daripada ibu bapa dan penjaga yang hadir menerima bantuan



