Pada hari Jumaat bersamaan dengan 23 Januari 2015, Panitia Pendidikan Islam SK Paya Redan Melaka telah menganjurkan Majlis Maulidur Rasul 1436 H/ 2015M yang merupakan program yang diadakan saban tahun bagi memperingati hari keputeraan junjungan mulia baginda Nabi Muhammad S.A.W.
               Majlis ini bermula dengan taklimat yang disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Osman bin Ab Halim di tapak perhimpunan SKPR sebelum murid-murid berarak dari pekarangan sekolah ke Masjid An Nur Paya Redan
          Antara slot pengisian majlis tersebut ialah Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat secara berjemaah, Bacaan Yasin serta Ceramah Maulidur rasul yang telah disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Osman bin Ab Halim. Majlis ini berakhir dengan perarakan pulang ke sekolah dan juga penilaian pertandingan sepanduk terbaik oleh setiap kelas.







 
Top