Kerjasama semua pihak amat penting dalam memacu kejayaan sesebuah sekolah atau organisasi yang dipimpin. Berdasarkan pada itu, SKPR dibawah pentadbiran Pn Guru Besar amat mengambil berat tentang penerapan amalan solat serta doa sama ada guru atau ibu bapa memainkan peranan sebagai satu usaha yang berterusan untuk beroleh kejayaan.
Dengan kolaborasi pihak jawatankuasa masjid AN NUR dan pibg SKPR telah berjaya menjalankan Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat pada setiap bulan yang bukan sahaja mensasarkan kepada murid Tahun 6 bahkan kepada seluruh murid SKPR agar menjadi amalan sebagai didikan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dunia dan akhirat






