Motivasi Kecemerlangan Murid Tahun Enam Bersama Ibu Bapa ini telah diadakan pada 2 Mac 2015 bertempat di Dewan SKPR. Program tersebut merupakan sebahagian daripada Program Kecemerlangan UPSR 2015 yang bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan kecemerlangan UPSR kepada para ibu bapa.
Motivasi ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan yang diundang daripada Darul Hijrah Managment iaitu Ustaz Sulaiman bin Ismail. Motivasi ini diharapkan dapat memberi impak kepada kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2015.







 
Top