Pada 4 Januari 2016, SK Paya Redan sekali lagi kehilangan insan yang amat dihormati iaitu Encik Sabri bin Abu Samah iaitu GPK Pentadbiran yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka
Genap 2 tahun 8 hari beliau berkhidmat di SKPR, beliau telah diarahkan oleh pihak jabatan bagi mengisi kekosongan jawatan berkuat kuasa serta merta. Sesungguhnya pemergian beliau amat dirasai oleh seluruh warga SKPR bukan sahaja dalam kalangan guru malahan staf sokongan serta pekerja pembersihan swasta.
Semoga beliau dapat menakbur bakti dan berkhidmat dengan cemerlang di sekolah baharu nanti.
Selamat Maju Jaya dan Tahniah daripada kami
Warga SK Paya Redan.


