Taklimat Kemasukan ke Tingkatan 1 2016 telah diadakan bertempat di Makmal Komputer 
SK Paya Redan yang melibatkan 13 orang murid Tahun 6.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Guru Kaunselor SMK Air Molek iaitu 
En. Mohd Jasmi bin Gauth bersama GPK HEM SMK Air Molek, En. Mohd Sahar beserta 
Guru Disiplin iaitu En. Rahman.
Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah sebagai pengisian slot pengenalan alam persekolahan menengah kepada murid Tahun 6 yang bakal melangkah ke tingkatan 1 pada tahun hadapan. Selain daripada taklimat yang disampaikan, murid-murid juga dimaklumkan tentang senario pembelajaran sekolah menengah yang bakal dihadapi oleh mereka



.

#SKPR mengucapkan 'Selamat Melangkah ke Tingkatan 1' kepada murid Tahun 6
Semoga kalian berjaya  

 
Top