Pada tahun ini, SK Paya Redan telah dipilih oleh PPDMT untuk menjadi tuan rumah RIMUP 2015. Melibatkan tiga buah sekolah yang berlainan aliran bahasa pengantar iaitu SK Paya Redan, SJKC Keh Seng dan SJKT Bukit Lintang telah mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.
Program ini bermula dengan ketibaan seramai 60 orang murid daripada SJKC Keh Seng dan
SJKT Bukit Lintang yang disambut oleh seluruh warga SKPR. Antara aktiviti yang diadakan ialah aktiviti sukan dan permainan, khidmat masyarakat Paya Redan, aktiviti berkumpulan dan acara penutupan yang disempurnakan oleh Pn Hjh Zainab bt Hj Abd Samad, Guru Besar SK Paya Redan.
Sesungguhnya SKPR amat berbesar hati dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
SJKC Keh Seng dan SJKT Bukit Lintang yang sudi bertandang ke SK Paya Redan.



