Buat julung-julung kalinya, SK Paya Redan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK) cawangan negeri Melaka telah menganjurkan Program Pendidikan Antidadah.

Program yang telah berlangsung selama dua jam ini, telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar, Pn Hjh Zainab bt Hj Abd Samad. Antara tujuan utama program ini adalah untuk memberikan maklumat yang berkaitan kepada murid-murid agar dapat mengetahui bahaya dan kesan buruk dadah kepada masyarakat.

Program ini dibahagikan kepada dua slot iaitu slot ceramah yang disampaikan oleh Encik Nor Alwan bin Husin, iaitu pegawai yang diundang khas daripada ADK dan slot pameran kepada murid-murid. 




 
Top