Warga SK Paya Redan amat berbangga dan berbesar hati dengan kehadiran kedua-dua pegawai daripada PPDMT yang sudi datang ke SK Paya Redan bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil pencapaian terbaik UPSR 2014
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar, Pn. Hjh Zainab bt. Hj Abd Samad dan diikuti ucapan daripada wakil PPDMT iaitu Pn. Zaimah bt. Abdullah. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan daripada Pn. Rosmawati bt. Shaari kepada Guru Besar SK Paya Redan, Pn. Hjh Zainab bt. Hj Abd Samad.
Tahniah, SK Paya Redan.





