Aktiviti Merentas Desa SK Paya Redan telah diadakan pada 7 Februari 2015, Sabtu yang lepas melibatkan penyertaan semua murid Tahap 1 dan Tahap 2. Program yang bermula seawal 8.00 pagi telah dimulakan dengan aktiviti senam robik oleh guru terlibat serta taklimat daripada penyelaras program.
Acara merentas desa ini telah dilepaskan mengikut kategori peserta oleh Guru Besar SKPR, Pn Hjh Zainab binti Hj Abd Samad dan GPK KOKU SKPR, Pn. Rohaya binti Ahmad. Program yang diadakan bertujuan memilih wakil SK Paya Redan dalam kejohanan Merentas Desa Negeri Melaka yang  bakal diadakan di Bukit Sedanan pada Sabtu, 15 Februari. Semoga ada peserta dari SKPR yang bakal menyinar esok dan membawa pulang pingat ke SKPR.








 
Top